Majlis Tilawah Al Quran (MTAQ) Peringkat Seremban 3

0 comments


Majlis Tilawah Al Quran (MTAQ) ini telah dijalankan pada 4 April 2009. Majlis ini melibatkan penyertaan sekolah menengah dan rendah daerah Seremban 3. Antara pertandingan yang telah dianjurkan adalah seperti nasyid, marhaban, forum, tilawah, hafazan, syarahan dan pelbagai lagi.

Majlis ini telah dikelolakan oleh SMK Panchor bersama SK Panchor . Majlis telah dirasmikan oleh Pn Maznah, Pengawai PPD dan turut memeriahkan majlis ialah Pengetua Kanan SMK Panchor, Pengetua SK Panchor, Pegawai-pegawai dari PPD, dan guru-guru daerah Seremban.

Read more »

Lawatan sambil belajar ke Bangunan Abdul Samad dan Muzium Negara

0 comments


Pelajar-pelajar Tingkatan 3 SMK Panchor telah berkesempatan melawat ke Bangunan Abdul Samad dan Muzium Negara baru-baru ini. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mencari bahan bagi menyiapkan folio sejarah. Selain itu juga ia dapat memberi pendedahan kepada semua pelajar kepentingan kita mengekalkan dan memelihara sejarah negara.
Read more »

Program Teknik Menjawab PMR & SPM

0 comments
Program ini merupakan anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Panchor. Program akan dilaksanakan bermula 11 Mei 2009. Meliputi semua mata pelajaran bagi pelajar Tingkatan 3 dan 5. Teknik menjawab ini akan disampaikan oleh penceramah jemputan luar atau penceramah dalaman sendiri. Semoga pelajar mendapat manfaat daripada program ini.
Read more »

Bulan PSS 2009

0 comments

Bulan PSS 2009 telah dijalankan sepanjang bulan April yang lalu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan meliputi aktiviti Bidang Bahasa, Bidang Teknik & Vokasional, Bidang Kemanusiaan dan Bidang Sains Matematik.
Read more »

minggu jalinan mesra

0 comments

Minggu Jalinan Mesra SMK Panchor telah dianjurkan Unit Bimbingan & Kaunseling. Antara matlamat majlis ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara warga Panchor khususnya para guru dengan para pelajar baru iaitu pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 4. Program dilaksanakan selama 1 minggu.
Read more »