Aktiviti Kelas Pendidikan Khas Sempena Minggu PSS 2010

0 comments


Pertandingan Melukis / Pertandingan Bercerita yang telah dijayakan oleh adik-adik dari kelas Pendidikan Khas. Keceriaan dan keseronokan jelas terbayang di wajah mereka. Semoga terus success....
Read more »

Pameran / Jualan Buku Sempena Minggu PSS

0 comments


Bertepatan dengan objektif untuk mengembangkan budaya membaca dalam kalangan pelajar khususnya warga SMK Panchor maka pameran dan jualan buku telah diadakan pada 6 Mei 2010 di Dewan Terbuka SMK Panchor. Jualan dan pameran ini telah mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada warga SMKP. Sesungguhnya 'Membaca itu Jambatan Ilmu'.
Read more »

PERASMIAN MINGGU PSS 2010

0 comments



Minggu Pusat Sumber Sekolah 2010 berlangsung bermula 10 Mei hingga 14 Mei. Majlis Perasmian Minggu Bahasa dilancarkan pada 10 Mei dengan disempurnakan oleh Datin Hajah Faraded bt. Mohd Dom. Majlis ini dijalankan serentak dengan Hari Hak cipta sedunia 2010. Antara objektif Minggu Bahasa dan Hari Buku ini adalah untuk mempromosikan Penggunaan PSS sebagai gedung ilmu, meningkatkan keberkesanan penyebaran maklumat PSS, menggalakkan penjanaan idea-idea kreatif dan inovatif untuk meningkatkan prestasi pelajar,guru,PSS dan sekolah, meningkatkan minat membaca dalam kalangan masyarakat dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang adanya harin untuk buku dan hakcipta.

Antara aktiviti yang telah dirancang adalah
1.pameran dan jualan buku
2. program mari membaca
3. rakan pembaca
4. pameran bertema
5. teka silang kata
6. pertandingan sudut bacaan kelas
7. pertandingan melukis
8. kuiz PSS
9. kempen satu keluarga satu buku
Read more »

KURSUS DALAMAN BIDANG BAHASA

0 comments



KURSUS PEMBINAAN ITEM - Kursus Pembinaan Item ini telah dilaksanakan pada 24 April 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Panchor. Antara lain objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk memastikan semua guru bahasa mempunyai pengetahuan dan berkemahiran dalam membina soalan yang baik dan mengikut aras. Kursus telah disampaikan oleh Puan Siti Zuraiha bt. Husin dan dihadiri oleh semua guru bidang bahasa.
Read more »

PERTANDINGAN PERTUNJUKAN SAINS PETROSAINS 2010

0 comments

SMK Panchor telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang telah berlangsung di Seremban Parade pada 15 April 2010 lalu. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. SMK Panchor telah diwakili oleh Mohd Safwan Shah bin Bahrum Shah, Nurul Ain bt. Hj Abd Rahman dan diiringi guru Pn. Nur Eryanty Nordin.
Read more »