MINGGU SAINS & MATEMATIK

0 comments



Bertemakan 'Ke arah Kebitaraan Sains & Matematik', Minggu Sains & Matematik telah dilancarkan pada 1 Feb.2010 oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum, Puan Salmiah Ithnin. Minggu Sains & Matematik akan berlangsung selama seminggu bermula 1 Feb. hingga 5 Feb. 2010. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah Permainan Sudoku, G Maths, Pameran sains dan Puzzles Sains. Semoga dengan adanya aktiviti sebegini dapat menarik minat pelajar agar menyukai subjek sains dan matematik.
Read more »

ORIENTASI PSS 2010

0 comments



Orientasi PSS 2010 untuk pelajar Tingkatan 1 telah diadakan pada 7 Januari 2010 bertempat di Dewan Besar SMK Panchor. Antara lain objektif diadakan majlis ini adalah untuk:

1. Mempertingkatkan pemahaman tentang peranan PSS bagi membantu pelajar dan guru.
2. Mendedahkan para pelajar tentang kemudahan- kemudahan yang disediakan
oleh PSS untuk proses pengajaran dan pembelajaran
3. Dapat mempromosikan semua peralatan IT dan Bilik-bilik sumber yang ada.
4. Merangsang pemikiran pelajar agar lebih mencintai PSS sebagai
tempat menimba ilmu.
5. Merealisasikan agar keseimbangan akademik dan ko kurikulum dapat dilaksanakan.
6. Menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar.

Semoga pelajar dapat memanfaatkan semua kemudahan yang disediakan PSS ketika berada di SMK Panchor.
Read more »

MINGGU JALINAN MESRA SMK PANCHOR 2010

0 comments


Minggu Jalinan Mesra Tingkatan 1 dan 4 dijalankan bermula 4 Januari hingga 8 Januari 2010. Antara lain matlamat Minggu Jalinan Mesra dijalankan bagi membantu pelajar-pelajar baru untuk mengenali SMK Panchor dan menyesuaikan diri mereka dengan suasana persekitaran dan kemudahan yang ada di sekolah ini. Program ini juga diharap dapat memberi ruang dan peluang kepada pelajar baru untuk berkenalan dan bermesra dengan rakan-rakan dan guru-guru. Pelaksanaan program ini sebagai pendedahan awal tentang budaya belajar di sekolah menengah dan menerapkan semangat cinta akan sekolah.
Read more »

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 tahun 2010

0 comments
Berakhirnya 2009 maka bermulalah lembaran baru bagi meniti pula tahun 2010. Kehadiran warga pelajar baru ke SMK Panchor dialu-alukan pada 30 Disember 2009 yang lalu. Majlis pendaftran bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1 telah diadakan di Dewan Besar SMK Panchor. Para ibu bapa telah diberikan taklimat berkaitan yuran, peraturan sekolah dan serba sedikit aktiviti sepanjang tahun 2010.

Para ibu bapa turut diperkenalkan dengan Pengetua SMK Panchor, Datin Hajah Faraded bt Mohd Dom dan YDP PIBG SMK Panchor. Selain itu pihak PIBG turut menjemput penceramah untuk menyampaikan ceramah keibubapaan. Pihak ibu bapa turut berpeluang membeli keperluan buku dan alat tulis di koperasi sekolah selain pemberian buku teks kepada semua pelajar Tingkatan 1 yang mendaftar pada hari tersebut.

Semua warga SMK Panchor mengalu-alukan kehadiran warga baru dan berasa seronok untuk sama-sama menimba ilmu di sekolah ini. SEMOGA BERJAYA...
Read more »