LAWATAN KABUPATEN TANAH DATAR, INDONESIA

0 comments



Pada 4 November 2010, SMK Panchor telah menerima kunjungan Rombongan Kabupaten dari Tanah Datar, Indonesia. Lawatan sambil belajar ini antara lain bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan dan idea antara pelajar-pelajar di Indonesia dan Malaysia.
Read more »

BENGKEL TEKNOLOGI HIJAU CETREE PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2010

0 comments




Pada 8 Julai lalu bertempat di SMK Panchor telah dijalankan Bengkel Teknolohi Hijau atau CETREE Peringkat N. Sembilan 2010. Bengkel kelolaan Universiti Sains malaysia dengan kerjasama Jabatan pelajaran Negeri Sembilan telah dijalankan bermula 8.00 pagi hingga ke 5.30 petang. Majlis perasmian Penutupan Majlis telah diadakan pada pukul 4.00 petang. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Amir Shariffuddin bin Ahmad, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Sebanyak 13 buah sekolah rendah sekitar Seremban dan 12 buah sekolah menengah daerah Seremban turut menyertai bengkel ini.
Read more »

Pesta Buku Negeri sembilan 2010

0 comments


Seramai40 pengawas PSS telah berpeluang melawat ke Pesta Buku N. Sembilan bertempat di JUSCO Seremban 2 pada 6 Julai 2010 yang lalu. Perkhidmatan pengangkutan telah disediakan oleh pihak Pusat Sumber Negeri dengan kerjasama JPN Sembilan. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan di sana antaranya promosi buku, Program bersama penulis dan sebagainya.
Read more »

Aktiviti Kelas Pendidikan Khas Sempena Minggu PSS 2010

0 comments


Pertandingan Melukis / Pertandingan Bercerita yang telah dijayakan oleh adik-adik dari kelas Pendidikan Khas. Keceriaan dan keseronokan jelas terbayang di wajah mereka. Semoga terus success....
Read more »

Pameran / Jualan Buku Sempena Minggu PSS

0 comments


Bertepatan dengan objektif untuk mengembangkan budaya membaca dalam kalangan pelajar khususnya warga SMK Panchor maka pameran dan jualan buku telah diadakan pada 6 Mei 2010 di Dewan Terbuka SMK Panchor. Jualan dan pameran ini telah mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada warga SMKP. Sesungguhnya 'Membaca itu Jambatan Ilmu'.
Read more »

PERASMIAN MINGGU PSS 2010

0 comments



Minggu Pusat Sumber Sekolah 2010 berlangsung bermula 10 Mei hingga 14 Mei. Majlis Perasmian Minggu Bahasa dilancarkan pada 10 Mei dengan disempurnakan oleh Datin Hajah Faraded bt. Mohd Dom. Majlis ini dijalankan serentak dengan Hari Hak cipta sedunia 2010. Antara objektif Minggu Bahasa dan Hari Buku ini adalah untuk mempromosikan Penggunaan PSS sebagai gedung ilmu, meningkatkan keberkesanan penyebaran maklumat PSS, menggalakkan penjanaan idea-idea kreatif dan inovatif untuk meningkatkan prestasi pelajar,guru,PSS dan sekolah, meningkatkan minat membaca dalam kalangan masyarakat dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang adanya harin untuk buku dan hakcipta.

Antara aktiviti yang telah dirancang adalah
1.pameran dan jualan buku
2. program mari membaca
3. rakan pembaca
4. pameran bertema
5. teka silang kata
6. pertandingan sudut bacaan kelas
7. pertandingan melukis
8. kuiz PSS
9. kempen satu keluarga satu buku
Read more »

KURSUS DALAMAN BIDANG BAHASA

0 comments



KURSUS PEMBINAAN ITEM - Kursus Pembinaan Item ini telah dilaksanakan pada 24 April 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Panchor. Antara lain objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk memastikan semua guru bahasa mempunyai pengetahuan dan berkemahiran dalam membina soalan yang baik dan mengikut aras. Kursus telah disampaikan oleh Puan Siti Zuraiha bt. Husin dan dihadiri oleh semua guru bidang bahasa.
Read more »

PERTANDINGAN PERTUNJUKAN SAINS PETROSAINS 2010

0 comments

SMK Panchor telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang telah berlangsung di Seremban Parade pada 15 April 2010 lalu. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. SMK Panchor telah diwakili oleh Mohd Safwan Shah bin Bahrum Shah, Nurul Ain bt. Hj Abd Rahman dan diiringi guru Pn. Nur Eryanty Nordin.
Read more »

MINGGU BAHASA 2010

0 comments




MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASA BAHASA INGGERIS - Tema Minggu Bahasa SMK Panchor 2010 yang telah berlangsung selama seminggu bermula 19 April hingga 23 April lalu. Dengan bermatlamat untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang betul dan tepat dalam pertuturan seharian pelajar selaras dengan kehendak pendidikan hari ini. Selain itu, Minggu Bahasa juga diadakan untuk melahirkan dan mencungkil bakat pelajar yang inovatif, kreatif dan mempunyai daya saing dan ketahahanan diri yang tinggi.

Antara aktiviti yang dijalankan seperti syair, group singing, aktiviti-aktiviti kelas pendidikan khas, choral speaking, kuiz bahasa, drama, pertandingan nyanyian dan sebagainya. Majlis perasmian Minggu Bahasa 2010 telah disempurnakan oleh Datin Hajah Faraded bt. Mohd Dom, Pengetua Cemerlang SMK Panchor.
Read more »

KAWAD KAKI NGO

0 comments



SMK Panchor telah mengahantar pasukan Puteri Islam untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan Kawad Kaki NGO di SMK Seri Pagipada 10 April 2010 lalu. Pasukan Kawad Kaki telah berjaya menduduki tempat ke-6 daripada 13 pasukan bertanding. Syabas... satu permulaan yang baik semoga lebih cemerlang pada tahun depan..
Read more »

SANA SINI PANCHOR

0 comments



EKSPEDISI PASUKAN PENGAKAP SMK PANCHOR KE BATU MALOI, JOHOL NEGERI SEMBILAN.
Seramai 46 peserta termasuk 11 guru menyertai program perkhemahan dan penerokaan Gua Batu Maloi, Air Mawang Johol.Program berlangsung selama 2 hari.
Read more »

PAMERAN SAINS SEMPENA MINGGU SAINS

0 comments



Pameran sains telah dijalankan bersempena minggu sains SMK Panchor. Antara lain bagi menarik minat murid pada mata pelajaran Sains. Pameran telah diadakan di makmal sains.
Read more »

MESYUARAT UNIT PERPUSTAKAAN KALI PERTAMA 2010

0 comments
Mesyuarat Unit Perpustakaan kali pertama bagi tahun 2010 telah diadakan pada 2 Feb. 2010. Selain membincangkan perancangan aktiviti dan pengagihan tugas semua pengawas perpustakaan, perlantikan jawatan kuasa perpustakaan bagi tahun 2010 juga telah dilaksanakan. Bagi tahun 2010, Mohd Zariq dari Tingkatan 5 Sains telah dilantik menjadi pengerusi sekaligus menjadi ketua pengawas Pusat Sumber. Tahniah diucapkan kepada semua pengawas pusat sumber yang telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa tertinggi pengawas PSS. Semoga perlantikan tersebut menjadi pendorong kepada semua pengawas PSS agar dapat memberikan lebih komitmen kepada tugas masing-masing.

TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUGAS....
Read more »

MINGGU SAINS & MATEMATIK

0 comments



Bertemakan 'Ke arah Kebitaraan Sains & Matematik', Minggu Sains & Matematik telah dilancarkan pada 1 Feb.2010 oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum, Puan Salmiah Ithnin. Minggu Sains & Matematik akan berlangsung selama seminggu bermula 1 Feb. hingga 5 Feb. 2010. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah Permainan Sudoku, G Maths, Pameran sains dan Puzzles Sains. Semoga dengan adanya aktiviti sebegini dapat menarik minat pelajar agar menyukai subjek sains dan matematik.
Read more »

ORIENTASI PSS 2010

0 comments



Orientasi PSS 2010 untuk pelajar Tingkatan 1 telah diadakan pada 7 Januari 2010 bertempat di Dewan Besar SMK Panchor. Antara lain objektif diadakan majlis ini adalah untuk:

1. Mempertingkatkan pemahaman tentang peranan PSS bagi membantu pelajar dan guru.
2. Mendedahkan para pelajar tentang kemudahan- kemudahan yang disediakan
oleh PSS untuk proses pengajaran dan pembelajaran
3. Dapat mempromosikan semua peralatan IT dan Bilik-bilik sumber yang ada.
4. Merangsang pemikiran pelajar agar lebih mencintai PSS sebagai
tempat menimba ilmu.
5. Merealisasikan agar keseimbangan akademik dan ko kurikulum dapat dilaksanakan.
6. Menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar.

Semoga pelajar dapat memanfaatkan semua kemudahan yang disediakan PSS ketika berada di SMK Panchor.
Read more »

MINGGU JALINAN MESRA SMK PANCHOR 2010

0 comments


Minggu Jalinan Mesra Tingkatan 1 dan 4 dijalankan bermula 4 Januari hingga 8 Januari 2010. Antara lain matlamat Minggu Jalinan Mesra dijalankan bagi membantu pelajar-pelajar baru untuk mengenali SMK Panchor dan menyesuaikan diri mereka dengan suasana persekitaran dan kemudahan yang ada di sekolah ini. Program ini juga diharap dapat memberi ruang dan peluang kepada pelajar baru untuk berkenalan dan bermesra dengan rakan-rakan dan guru-guru. Pelaksanaan program ini sebagai pendedahan awal tentang budaya belajar di sekolah menengah dan menerapkan semangat cinta akan sekolah.
Read more »

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 tahun 2010

0 comments
Berakhirnya 2009 maka bermulalah lembaran baru bagi meniti pula tahun 2010. Kehadiran warga pelajar baru ke SMK Panchor dialu-alukan pada 30 Disember 2009 yang lalu. Majlis pendaftran bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1 telah diadakan di Dewan Besar SMK Panchor. Para ibu bapa telah diberikan taklimat berkaitan yuran, peraturan sekolah dan serba sedikit aktiviti sepanjang tahun 2010.

Para ibu bapa turut diperkenalkan dengan Pengetua SMK Panchor, Datin Hajah Faraded bt Mohd Dom dan YDP PIBG SMK Panchor. Selain itu pihak PIBG turut menjemput penceramah untuk menyampaikan ceramah keibubapaan. Pihak ibu bapa turut berpeluang membeli keperluan buku dan alat tulis di koperasi sekolah selain pemberian buku teks kepada semua pelajar Tingkatan 1 yang mendaftar pada hari tersebut.

Semua warga SMK Panchor mengalu-alukan kehadiran warga baru dan berasa seronok untuk sama-sama menimba ilmu di sekolah ini. SEMOGA BERJAYA...
Read more »