Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 tahun 2010

Berakhirnya 2009 maka bermulalah lembaran baru bagi meniti pula tahun 2010. Kehadiran warga pelajar baru ke SMK Panchor dialu-alukan pada 30 Disember 2009 yang lalu. Majlis pendaftran bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1 telah diadakan di Dewan Besar SMK Panchor. Para ibu bapa telah diberikan taklimat berkaitan yuran, peraturan sekolah dan serba sedikit aktiviti sepanjang tahun 2010.

Para ibu bapa turut diperkenalkan dengan Pengetua SMK Panchor, Datin Hajah Faraded bt Mohd Dom dan YDP PIBG SMK Panchor. Selain itu pihak PIBG turut menjemput penceramah untuk menyampaikan ceramah keibubapaan. Pihak ibu bapa turut berpeluang membeli keperluan buku dan alat tulis di koperasi sekolah selain pemberian buku teks kepada semua pelajar Tingkatan 1 yang mendaftar pada hari tersebut.

Semua warga SMK Panchor mengalu-alukan kehadiran warga baru dan berasa seronok untuk sama-sama menimba ilmu di sekolah ini. SEMOGA BERJAYA...

0 comments:

Post a Comment