MINGGU BAHASA 2010





MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASA BAHASA INGGERIS - Tema Minggu Bahasa SMK Panchor 2010 yang telah berlangsung selama seminggu bermula 19 April hingga 23 April lalu. Dengan bermatlamat untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang betul dan tepat dalam pertuturan seharian pelajar selaras dengan kehendak pendidikan hari ini. Selain itu, Minggu Bahasa juga diadakan untuk melahirkan dan mencungkil bakat pelajar yang inovatif, kreatif dan mempunyai daya saing dan ketahahanan diri yang tinggi.

Antara aktiviti yang dijalankan seperti syair, group singing, aktiviti-aktiviti kelas pendidikan khas, choral speaking, kuiz bahasa, drama, pertandingan nyanyian dan sebagainya. Majlis perasmian Minggu Bahasa 2010 telah disempurnakan oleh Datin Hajah Faraded bt. Mohd Dom, Pengetua Cemerlang SMK Panchor.

0 comments:

Post a Comment