PERASMIAN MINGGU PSS 2010




Minggu Pusat Sumber Sekolah 2010 berlangsung bermula 10 Mei hingga 14 Mei. Majlis Perasmian Minggu Bahasa dilancarkan pada 10 Mei dengan disempurnakan oleh Datin Hajah Faraded bt. Mohd Dom. Majlis ini dijalankan serentak dengan Hari Hak cipta sedunia 2010. Antara objektif Minggu Bahasa dan Hari Buku ini adalah untuk mempromosikan Penggunaan PSS sebagai gedung ilmu, meningkatkan keberkesanan penyebaran maklumat PSS, menggalakkan penjanaan idea-idea kreatif dan inovatif untuk meningkatkan prestasi pelajar,guru,PSS dan sekolah, meningkatkan minat membaca dalam kalangan masyarakat dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang adanya harin untuk buku dan hakcipta.

Antara aktiviti yang telah dirancang adalah
1.pameran dan jualan buku
2. program mari membaca
3. rakan pembaca
4. pameran bertema
5. teka silang kata
6. pertandingan sudut bacaan kelas
7. pertandingan melukis
8. kuiz PSS
9. kempen satu keluarga satu buku

0 comments:

Post a Comment